BERITA HARIAN – Satu projek pemuliharaan spesis terumbu karang natif Singapura pada kedalaman laut lebih dalam dirintis di Pulau-Pulau Selatan.
Usaha kerjasama Tabung Alam Sedunia (WWF)Singapura dengan Institut Sains Marin Tropika, NUS itu bertujuan mendorong kajian pemuliharaan marin dan kesannya di dalam dan sekeliling Singapura.